Bahasa amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Tanpa bahasa, sesebuah masyarakat akan mengalami masalah berinteraksi antara satu sama lain. Bahasa dipelajari melalui proses sosialisasi dan pendidikan. Haliday (dlm. Bittner, 1985) telah menyenaraikan tujuh fungsi bahasa sebagai alat komunikasi, iaitu:
- Alatan - untuk menyempurnakan sesuatu kehendak seperti memerintah atau meminta.
- Pentertib - untuk mengawal tingkah laku atau peristiwa yang berlaku.
- Interaksi - untuk memastikan hubungan sesama manusia berjalan dengan lancar tanpa sebarang salah faham, penutur perlu mempunyai pengetahuan dalam dialek, slanga, jargon dan sebagainya.
- Peribadi - untuk menyatakan atau meluahkan perasaan, kemahuan, dan sebagainya yang bersifat peribadi.
- Penemuan - untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang dinyatakan dalam bentuk soalan-soalan yang memerlukan jawapanj.
- Khayalan - untuk memikirkan atau melakukan sesuatu berdasarkan daya imiginasi dan kreativiti sendiri.
- Pernyataan - untuk menyatakan, memerikan, mengambarkan, menjelaskan satu fakta, peristiwa, pengetahuan dan sebagainya.
Sumber:
Buku Pengantar Komunikasi (2007)
Mohd Baharuddin Othman
Mohd Khairie Ahmad